dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kempen Internet Selamat bersama Pandu Puteri Tunas Cawangan Perlis di STEMazing 2025 Peringkat Kebangsaan di UNIMAP

19 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2025, telah berlangsung Kempen Internet Selamat bersama Pandu Puteri Tunas Cawangan Perlis di STEMazing 2025 Peringkat Kebangsaan di UNIMAP. Program ini berlangsung di UNIMAP bermula pada pukul 08:00 pagi sehingga pukul 02:10 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai Internet dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

Sepanjang program ini berlangsung, Staf NADI mengajar tepuk kapten kadet kepada para pelajar. Staf NADI memberi penerangan mengenai literasi digital iaitu aplikasi dan fungsi-fungsi aplikasi internet seperti google untuk mencari maklumat, fakta dan jawapan di internet. Seterusnya, staf NADI memberi penerangan mengenai had umur penggunaan median sosial iaitu 13 tahun keatas sahaja dibenarkan mempunyai akaun media sosial. Selain itu, staf NADI memberi penerangan mengenai bahaya media sosial 1 seperti Kandunga Merbahaya, Kandungan Ganas, Ucapan Kebencian dan Buli Siber.Antara lain, staf NADI memberi penerangan mengenai bahaya media sosial 2 contohnya membezakan kandungan selamat dan tidak senonoh, kandungan tidak senonoh dan lucah, pengantunan seksual dalam talian, tanda-tanda bahaya dan kuiz betul atau salah. Akhir sekali, staf NADI memberi penerangan mengenai alternatif kepada media sosial seperti National Geografic Kids, Google Arts and Calture, dan sebagainya.

Dengan adanya program seperti ini, dapat memberi kesedaran kepada pelajar sekolah mengenai bahayanya internet serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak MCMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.